Latihan Pemantapan ICT - Microsoft Power Point
18 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2019 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas latihan pemantapan ICT dan seramai 10 orang peserta yang terlibat semasa kelas ini diadakan. Kelas ini diadakan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada minggu ini, peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point untuk membuang dan mengubah latar belakang gambar sekaligus dapat menghasilkan sesuatu gambar yang lebih kreatif
Tujuan aktiviti :
• Membantu peserta meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan menjadikan mereka lebih celik IT
• Pendedahan kepada fungsi Microsoft Power Point untuk tujuan yang baik dan menjadikan ia sesuatu yang menarik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: